Pages


Di satu masa nanti umat Islam akan kembali menaungi 2/3 dunia...

Sunday, December 25, 2011

Lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah


Bismillahirarahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Membicarakan tentang Qada' dan Qadar Allah..Seperti yang kita tau, Qada' bermaksud ketetapan atau ketentuan yang telah ditetapkan Allah bagi setiap hambaNya manakala Qadar bermaksud pelaksanaan kepada ketentuan tersebut.

Ramai dalam kalangan saudara kita sekarang sering menyalahkan takdir yang menimpa mereka. Mereka merasakan apa yang telah berlaku itu tidak adil dengan usaha mereka. Sedar atau tidak perasaaan inilah yang harus kita jauhi kerana boleh menimbulkan rasa tidak yakin kita terhadap kuasa Allah..seterusnya melemahkan iman kita, sedangkan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Bukan kita yang menentukan "ini adalah yang terbaik buat aku dan aku pasti boleh mendapatkannya," sedangkan kita hanyalah hamba Allah yang tidak punya apa2 kuasa untuk memperoleh sesuatu melainkan dengan izin Allah.
Sentiasa basahkan bibir kita dengan menyebut,
"La haula wala quwwata illa billah" yang bermaksud " Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah."
Semasa peristiwa Israk Mikraj, Nabi IBrahim AS telah berkata kepada baginda, Nabi Muhammad SAW, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam syurga iaitu kalimah La haula wala quwwata illa billah."
Sepertimana yang kita sebutkan tiap kali mendengar laungan azan "Hayya alas solah"(marilah kita mengerjakan sembahyang) maka hendaklah kita menjawab dengan pekataan "la haula wala quwwata illa billah.." kerana tiada kekuatan, qudrat, daya upaya kita untuk bergerak mengerjakan solat tanpa pertolongan daripada Allah. Dengan cara ini kita akan lebih berasa rendah diri dan sedar akan kelemahan diri ini.
Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah? Pernah seorang sahabat ana (Si A) menyatakan masalahnya yang dihadapi disebabkan seorang kawan yang berkecil hati dengan sikapnya yang sering meninggi diri. Dia tahu akan hal tu tapi dia berasa segan untuk kembali berbaik semula kerana dia merasakan dia sudah tidak diperlukan lagi dan merasakan tiada sebab untuk dia bertegur sapa semula dengan kawannya tersebut sedangkan mereka cukup rapat sebelum itu.MySpace

Si A sempat berkata "Mungkin Allah memang dah takdirkan tak nak bagi aku kawan dengan dia kut..." MasyaAllah.. si B berkata"Tidak mungkinlah Allah membiarkan saudara sesama Islam sendiri berpecah belah dan saling menyimpan rasa dendam dan benci dalam hati masing2," sedangkan haram sekiranya tidak bertegur sapa sesama saudara Islam melebihi 3 hari melainkan terdapat sebab bid'ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya.

Alhamdulillah, sekarang mereka telah berbaik semula. Percayalah sekiranya kita ikhlaskan niat kita dalam sebarang perlakuan kita, Allah akan membantu kita. Apabila kita ikhlas melakukannya lillahi taala, kita akan redha dengan setiap ketentuanNya tetapi yang paling penting kita telah berusaha ke arah yang terbaik itu. Maka, berbaik sangkalah terhadap Allah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Ini yang cuba ana sampaikan, kita lari daripada Qadar Allah (ketetapan A) kepada Qadar Allah (ketetapan B). Si A tadi telah memilih jalan untuk berdamai dan meminta maaf daripada memilih jalan untuk terus tidak bertegur sapa dan terputus hubungan silaturrahim begitu sahaja. Allah telah menetapkan beberapa pilihan, dan kita sebagai manusia perlulah menggunakan akal dan iman kita untuk menilai dan tabah menghadapi ketentuan tersebut.

Saidina Umar bersama para sahabat semasa dalam perjalanan ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebak penyakit Taun. Semasa sedang bermesyuarat, Saidina Umar mencadangkan supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala Abu Ubaidah Amir bin al-Jarah berkata, "Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"
Berkata Umar, "Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah."

Penjelasannya, sunnatullah(hukum alam) menetapkan bahawa akal kita mampu berfikir mana yang baik dan buruk. Kita tidak boleh menyalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk kerana hikmahnya Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya (QS, 29:2-3). Yang mana satu pun pilihan kita, semua itu sudah ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izinNya jua.
Semoga dapat kita ambil iktibar daripada kisah tersebut, insyaAllah.MySpace

Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah..
tamatnya Spm 30November lalu..
sebenarnya hati ni rasa berat sgt2 nak tinggalkan sekolah..tapi kalau kita terus bersekolah, sampai bila pun kita tak dapat nak maju..
perlu mencari pengalaman yang baru..
mengenang segala kesilapan yang kita pernah lakukan di bangku sekolah dulu untuka dijadikan pengajaran agar dapat menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah..

antara subjek yang telah diambil :
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Pendidikan Agama Islam
  6. Matematik Tambahan
  7. Fizik
  8. Biology
  9. Kimia
  10. Tasawwur Islam (subjek tambahan)
Beberapa gambar yang sempat ana tangkap di sekolah..:)


oh, masa gambar ni salah tu..sori:) sebenarnya ni petang..

subhanallah..waktu pagi, dalam perjalanan ke kelas..:)

Subhanallah..i'm going to miss this view..
Semashur seindah nama..memang indah kan?

Allah masih memberi peluang untuk menghadapi hari2 seterusnya selepas ni..Alhamdulillah..
Da lama ana tak menulis sebenarnya..mohon maaf sangat..sebab blog ni agak tergendala sebentar..tapi insyaAllah, ana akan cuba auntuk menghidupkannya kembali..;)
<span class=
he..comel je..:)

Saturday, April 30, 2011

Study or Dakwah?

Setelah sebulan meninggalkan rumah..akhirnya ana telah kembali untuk berjumpa ahli keluarga yang tersayang..pada mulanya, ana bercadang untuk tinggal di sekolah untuk 4 hari ini..tapi mengenangkan keluarga di rumah, rindu pulak ingin berjumpa dan bermain dengan anak buah...

Pengalaman banyak mengajar ana di sekolah, dan alhamdulillah..ada sokongan keluarga dan insan yang tersayang..bbeberapa minggu yang lepas, ana ada bersembang dengan seorang ustaz, namanya Ustaz Yazid..guru yang sebenarnya banyak menolong perjuangna ana sepanjang ana berada di Semashur..

"Ustaz, saya x yakin untuk SPM ni ustaz..ada pihak yang suruh saya berhenti sekejap dalam hal dakwah ni untuk saya focuskan dalam belajar..tapi saya rasa tak wajar untuk saya buat tu...amanah yang diberikan tu bukan satu permainan..Kakak saya, Khadijah dan Shakirah (ex-Semashurian) semuanya hebat-hebat..SPM diorang, 9A dan 7A..mampu ke saya ustaz..?"

"Kamu tak boleh samakan kamu dengan kakak-kakak kamu..saya kenal diorang waktu dulu..dan kamu bertiga tak sama..jangan kamu kenangkan mereka tu..kamu tu lain..apa-apa pun kamu jangan tension, jadikan belajar untuk masa depan kamu jugak sebagai ibadah dan tanggungjawab kita pada Nya..insyaAllah,Allah akan tolong kamu.."

Bila dengar apa yang ustaz cakap tu..ana rasa tersentuh dan sedar bahawa dalam perjuangan ini, ana bukan keseorangan, ana ada Allah Azza wa Jalla yang sentiasa dekat dengan hambaNya...ana teringat firman Allah..
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu khianati Allah dan rasulNya,dan jangan kamu khianati amanah yang telah diberikan kepadamu sedang kamu mengetahui."(Surah al-Anfaal : 27)
Mak ana pun nasihatkan perkara yang sama..
"Kita kat dunia ni kena hadapi semua ujian dengan sabar dan tabah..jangan samakan Aisyah dengan kakak-kakak..belajar macam biasa, yang paling penting usaha, kita berjaya atau tidak, semua tu terletak pada tangan Allah.. rezeki masing-masing.."
InsyaAllah..dengan adanya kepercayaan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah s.w.t...apa-apa perkara pun boleh kita capai..
"STUDY IS FIRST BUT DAKWAH IS NOT SECOND"MySpace

Wednesday, March 16, 2011

Manusia yg terleka

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah..Allah menciptakan kita sebaik2 kejadian..kita punya anggota badan yg sempurna, punya nafsu, dan yg paling penting punya Akal, utk kita berfikir tentang keajaiban alam sekeliling kita..utk kita berfikir ttg Asma Allah yg Indah..sesungguhnya kita manusia sentiasa berada dlm kelalaian..kadang-kadang kita sedar tetapi x mahu mengakuinya..
Kesannya? kita juga yg akan menyesal di kemudian hari..MySpace

Ana sering mengingatkan diri ana dan kawan-kawan ana..kita sebagai manusia di bumi ni, janganlah terlalu gembira, namun x bermakna kita x boleh untuk bergembira tetapi perlulah berwaspada..jika kita lihat Rasulullah dan para sahabat dahulu, dgn berzikir dan solat malam, sudah cukup mengembirakan dan menenangkan jiwa..
"(yaitu) orang-0rang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah swt. Ingatlah, hanya dengan mengingatiNya lah hati akan tenteram." (QS. Ar-Ra'd 13:28)
Ketahuilah zikir (ingat kpd Allah) itu, jauh lebih baik..kerana itu menunjukk
an sejauh mana hubungan kita dengan Tuhan kita..Sama juga, jika sayang pada ibu kita, kita selalu akan ingat padanya juga bukan?
Dari Aisyah Ra. Ia berkata : "Adalah Rasulullah saw. sentiasa mengingati Allah swt. dlm setiap waktunya." (HR. Muslim)
Ingat pada Allah merupakan pembeda antara seorang mukmin dan seorang munafik, ini adalah kerana sifat orang munafik ialah kurang mengingati Allah.

Adalah mudah untuk syaitan menyesatkan hamba Allah yg lalai mengingatiNya..
Hypothesis..Semakin lalai kita mengingati Allah, semakin mudah hasutan syaitan menyelinap masuk ke dalam pemikiran kita..

Ana sendiri, bila terasa kosong, sering gelisah dan serba x kena..sebenarnya kita lupa pd Nya..Astagfirullah, sama-sama kita renungkan...
Kita perbaiki yg salah sedikit demi sedikit, dengan penuh keyakinan pdNya, insyaAllah apa-apa masalah dapat kita atasi..yakinlah!MySpace

Saturday, February 5, 2011

Indahnya Walimatul Urus~



Salam buat semua..ana pnjatkan kesyukuran ke hadrar Ilahi ats izinnya masih bernafas dan mampu untuk menjalankan tggjwb sbg seorg muslim di ats muka bumi ini..
Hari jumaat baru2 ni ana n kakak bersma2 akhwat menuju ke Penang utk m'hadiri mjlis pernikahan ukht Atifah..bertolak kul 11 dr Tg.Malim, sampai lebih kurg pukul 4 cmtu..

Kami sampai2 je buat bunga telur pastu masuk2kan brg ke tmpt kami akn tidur satu mlm..kat Pasti Husna..petang tu,sempat lg kami jln2 sekitar Penang, naik jambatan Pulau Pinang n pastu pusing balik naik Feri..besstt sgtt~ da lame xnaik feri..angin laut mmg sgt menenangkan~ nampak jugak matahari terbenam mase tu..Subhanallah! sugguh indah ciptaanMu Ya Allah..!

Mlm tu keluar kt kedai depan, masing2 lapar lepas penat berjalan..ade yg order burger ade yg mkn nasi~(itupun nak cite ke..--') lepas tu ade yg pergi berinai di rumah kak Atifah..

Keesokan harinye, majlis akad nikah start dlm kul 11 hingga kul 12..pengantin sama padan..sama tinggi ilmunya..lepas kami mkn,solat n tolong ape yg patut, kamu bertolak pulang kul 2 cmtu..tiba2, jln jem pulak! mmg dugaan kan sbb hari raya cina ni..tp xpe, kami terime smua ujian ni dgn redha dan sabar..kami baca ma'thurat sama2 n berdoa supaya selamat perjlnn kami..

Ada kemlngn mse jln di Sungkai, kereta n motor..xtau lah kondisi orgnye mcm mne..tp nmpk lah 2 org terbaring kt jln tu..kereta Myvi putih kene langgar di side kanan kereta..smoga selamat..

Alhamdulillah perjalanan lbh kurg 7jam semalam, disebab jam yg agak teruk pejlnn agak lambat..naik kereta akhawat, kak Jah n ade sekali kak Siti..lg satu kereta ade 7 org naik Alza tersekat betul lah kt jem blkg ktorg..:(
lepas Kak Jah n Kak Siti singgah di rumah solat n mkn..mereka pun bergerak balik ke KL..terima kasih tumpgkan kami..! :)



Alhamdulillah, walimatul urus antara Akh Ahmad Umair n Ukht Atifah selamat berjln lancar..semoga ikatan mereka ni dpt dimanfaatkan bersame antara mereka n ahli NSTC n xlupe juga kpd agama kte,insyaAllah! Selamat Pengantin Baru! ^_^ MySpace

kpd akhawat NSTC, harap kte dpt bertemu lg..semoga ukhwah ni berkekalan hingga akhir hyt kte..aminn~ :)

MySpace

Friday, January 28, 2011

Januari 2011 yg baru!

Assalamualaikum..
penat3..(jgn merungut6x!)
Sememangnya awal2 thun da byk benda kene buat..
Awal2 lg dah byk ujian dan cbrn yg Allah bg pd ana..
Sudah hampir sebulan da bersekolah, ana masih lg dlm keadaan sedikit "LOST", walaubgaimanapun, hidup mesti diteruskan!

kejadian agk kelakar + mendukacitakan jugak bg ana adlh mse kuliah subuh..alhamdulillah dpt kejut semua dgn baik..lepas solat subuh tu tiba2 pgetua yg bg ceramah tntg tafsir al-Quran (tajuk pg tu)..sbb die kate pencrmah ade mslh skit, xleh nk dtg..
ape2 pun, bg ana pgetua mmg byk pengisiannye mse die bercakap, cume kte lah kene beri tumpuan dan cuba utk jd pendgr yg AKTIF, apetah lg kuliah subuh kan..^_^


Nak dijadikan cerita, xsempat pgetua bg salam , dah ade pljr puteri yg keluar dr surau ..ade yg senyap2, ade yg berlari! tu yg xtahn tu..pgetua nmpk dan yg keluar tu kene mrh pastu..ade jugak yg sempat merangkak masuk balik tu..
pgetua suruh tahan yg keluar berlari tu, ana n pgws laen pun keluar lah tgk insan2 tu..
ana tergelak tgk org yg keluar tu shbt ana sndri..aderlah org tu..haha..ana tersenyum pndg dorg,
ana tye die kenape keluar berlari mcm tu?
"Lapar lah aisyah...nak g DM mkn nasi lemak.."
tergelak ana kt situ..kalah dgn nafsu lapar..ape2 pun, dorg telah dit
arbiyah dan dinasihat oleh pgetua lps tu..matlamat nak keluar awal nk mkn awal dah terbatal sbb last2 mknn habis so kena mkn kul 9 lepas tu..huhu

moral of the story :
  • xbaik kte tergesa2 semasa keluar meninggalkan surau ye..tergesa2 ke surau barulah bagus!
  • jgn biarkan nafsu menguasai diri kte tp kte lah yg mgawal dan melawannya sendri!
Selain tu, ana rasa gembira jugak sebnarnya dpt masuk 5Bakti tahun ni, calassmate semua sporting sgt..baik je..alhamdulillah kelas kami dpt johan utk pertandingan kawad antara kelas thun ni..walaupun mlm sbelum tu semua da x smgt n emo2 tp insyaAllah dgn semangat kerjasama n berkat doa kte semua selama ni..berjaya juga, rzeki kte! dpt duit RM300..:)



Sebelah mlm ade perjumpaan dgn form tp malangnya ana tertidur dlm bilik pgws Al-Khindi yg dikunci mse buat al-Mulk..tertidur n x sedar smpai esok pg..penat2..:p

Esok ptgnya ade latihan bola jaring + pemilihan budak kawad + jamuan birthday bulan Januari pgws..

Mlm tu ade perjumpaan SIS f4 n f5 dgn pengetua..

Pg td ade interaksi akademik, mak xdtg, xperlah..boleh buat keje yg x siap2 lg ni..huhu..
mak dtg td dlm kul 2.30 pastu g KL amik kakak pastu g beli brg kat Mydin..pastu amik ayh kt Agro Bank..
balik umah solat Asar, kacau2 Khaulah(ank buah)..mandi..mkn..huhu..solat mgrib sume..hmm..bestnyer cuti da mula tp belajar kene diteruskan jugak!

~semoga Allah kuatkan lg hati ni..hmm..~
wasalam..
MySpace
-tired-

Sunday, December 26, 2010

Kem Remaja Synergy 2010

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..x ckup2 utk ana ucapkan ana sgt2 bersyukur dpt sertai kem ni..dpt jumpe akhawat2 yg baik2..disamping sahabat2 dr pelbagai negeri..dr kelantan, pahang, selangor,..sanggup jugak dtg ke kem penuh manfaat ni..

Pd mulanye, ana ragu2 nak pergi, yelah homework xsiap..alsan2 ana, bjye bisikan syaitan memperdyakan ana bersama iman yg lemah ni..urusan2 yg ana rse sgt x patut ana fikir alsan mcm tu! ana mnyesal berfkiran mcm tu..dlm perjuangan nak menolong dan menimba agama Allah, kenapa kte msih beralasan??! kakak ana jugak ade mrh ana..tp ana x kisah sbb ana tahu die mrh utk tujuan baik..^_^ ana juga yg slh sbb byk main2 sepnjg cuti ni, jd ana x slhkan die kalau nak mrhkan ana..mmg patut kene mrh! x sedar diri lg ni..terima kasih, shakirah..(kalau hang bce nilah...:P)

Tarikh yg ana xkan lupe insyaAllah..22-24 Dis 2010 (rabu-khamis)
Subhanallah,tempat yg indah lg damai..Taman Herba Papan, Perak..ade air terjun yg nun jauh dlm hutan..penat mendaki gunung tu..lbh kurg 3 jam mendaki..jumpe air terjun, ape lg...huhu..^_^


Rindu pula pd akhawat semua..insyaAllah kte akn jumpe lg jika ade halaqah akn dtg!
Ana pd asalnya da sedih sgt2 dan hampir putus asa, x bersmngt bile mnunggu saat 2011 ni, tp skrg alhamdulillah, ana rasa lebih yakin..semuanye sbb baru ana sedar yg ana bukan keseorgn! ana ada Allah di sisi ana, jd knape nak bersedih kan..mohonlah ptolongan pdNya..insyaAllah,selesai maslah..yeah!

Ana sgt2 bersyukur sbb dpt jd insan terpilih utk sertai kem ni..Allah msh bg peluang pd ana utk berubah..dr segala maksiat yg ana buat kt rumah ni..ana insaf..hm..byk kelemhn,byk kekurgn jika nak dibndingkan dgn shbat2 lain yg dtg tu..rindu pd mereka, wlaupun cume 3 hari kte bsame,tp ukhwah tu cukup kuat bg ana..mungkin krn pertemuan dan perkenalan kte ni adalah ikhlas betul2 krn Allah..syukur..

Slot yg cukup terkesan bg ana adalah ceramah seorg ustaz juga merupakan seorg doktor..ia berkenaan menjd seorg muslim yg terbaik..sepertimana firman Allah dlm

Surah Ali-Imran 3:110.."Kamu(umat Islam) adalah umat yg terbaik yang dilahirkan utk manusia, (krn kamu) menyuruh berbuat yg makruf, dan mencegah dr yg mungkar, dan beriman kpd Allah..."

Ustaz tu kata kte kene jd umat yg terbaik, bermakna ape2 yg kte buat mestilah kte kene m'hrpkan yg terbaik! kalau yg wajib pun kita x dpt nak laksanakan, kte mmg dah gagal,utk mnjd umat islam skali pun kte sudah gagal! cnthnye spt solat dan mnutup aurat..ape yg dpt mmbuatkan kte dpt jd muslim atau muslimah yg terbaik? ialah dgn perbykkan dgn ibadah2 sunat..cnthnye berzikir, al-ma'thurat, membaca al-Quran, solat dhuha, tahajud, puasa isnin/khamis..dan lain2..byk sbenarnya kan..cume kte je yg slalu mereka-reka alasan bile tiba bab nak beribadat ni..sdgkan kalau nak shopping, movies, on9..boleh je kte ambil mse dlm 24jam yg Allah bg ni..(tujukan utk diri sndri juge..)

Tanamkanlah dlm diri kte ni..
"Tiada hati tanpa al-Quran"
, sehari kte x membca al-Quran, rasa serba x kena..kalau bab2 bercinta mcmmane, sehari x sms, rse gelisah dan xkena kan? sepatutnye kte tukar cinta kpd Pencipta kte,bukan pd makhluk nya, wahai umat Islam!

Sedangkan al-Quran tu x susah pun utk kte pelajari, kata2 Allah, knape kte msh memberi alasan? bhs korea atau jepun atau perancis senang pula kte belajar?
Allah ade berfirman dlm

Surah al-Qamar 54:17.."Dan sungguh, telah kami mudahkan al-Quran utk peringatan, maka adakah org yg mahu mengambil pelajaran?"

ada org mgatakan b.arab merupakan bhs plg susah, pdahal sbnrnya itu cume propaganda dr yahudi shj whai shbat2..jgnlah kte pcya kata2 dusta org kafir!

Terdpt 3 golongan yg terpilih utk mempelajari al-Quran..

Surah Fatir 35:32.."Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami, maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap pertengahan dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)."

seperti ayat di atas..terdpt 3 golongan yg Allah turunkan al-Quran kpdnya,mksudnya yg mempelajari al-Quran..

1. Menzalimi diri sndri : blaja tp x mengamalkannya..cnthnya, tahu aurat itu wajib ditutup tp masih membiarkannya mnjd tatapan org yg bukan mahram kta..

2. Pertengahan : mengambil mana2 hukum Allah yg hanya akn mndtgkan faedah pd diri sndri, jika tidak..org itu x mahu berpegang pd al-Quran..spt dlm
Surah al-Haj 22:11.."Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."
3. Terlebih dahulu berbuat baik : sentiasa proaktif dlm mgerjakan ibadah pd Allah, tidak sesekali berpaling pd jln maksiat apbila die berpegang dgn ayat2 Allah.

haa..golongan ke3 inilah yg kte mahukan..smoga kte tergolong dlm glongan ini..aminnn~ ^_^
Setakat inilah ana tulis, insyaAllah kte same2 berkongsi ilmu yg kte peroleh ni lg di lain hari..


Gembira dgn ilmu diperoleh.
MySpace

.::Pesanan buat semua::.