Pengalaman banyak mengajar ana di sekolah, dan alhamdulillah..ada sokongan keluarga dan insan yang tersayang..bbeberapa minggu yang lepas, ana ada bersembang dengan seorang ustaz, namanya Ustaz Yazid..guru yang sebenarnya banyak menolong perjuangna ana sepanjang ana berada di Semashur..
"Ustaz, saya x yakin untuk SPM ni ustaz..ada pihak yang suruh saya berhenti sekejap dalam hal dakwah ni untuk saya focuskan dalam belajar..tapi saya rasa tak wajar untuk saya buat tu...amanah yang diberikan tu bukan satu permainan..Kakak saya, Khadijah dan Shakirah (ex-Semashurian) semuanya hebat-hebat..SPM diorang, 9A dan 7A..mampu ke saya ustaz..?"
"Kamu tak boleh samakan kamu dengan kakak-kakak kamu..saya kenal diorang waktu dulu..dan kamu bertiga tak sama..jangan kamu kenangkan mereka tu..kamu tu lain..apa-apa pun kamu jangan tension, jadikan belajar untuk masa depan kamu jugak sebagai ibadah dan tanggungjawab kita pada Nya..insyaAllah,Allah akan tolong kamu.."
Bila dengar apa yang ustaz cakap tu..ana rasa tersentuh dan sedar bahawa dalam perjuangan ini, ana bukan keseorangan, ana ada Allah Azza wa Jalla yang sentiasa dekat dengan hambaNya...ana teringat firman Allah..
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu khianati Allah dan rasulNya,dan jangan kamu khianati amanah yang telah diberikan kepadamu sedang kamu mengetahui."(Surah al-Anfaal : 27)
Mak ana pun nasihatkan perkara yang sama..
"Kita kat dunia ni kena hadapi semua ujian dengan sabar dan tabah..jangan samakan Aisyah dengan kakak-kakak..belajar macam biasa, yang paling penting usaha, kita berjaya atau tidak, semua tu terletak pada tangan Allah.. rezeki masing-masing.."InsyaAllah..dengan adanya kepercayaan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah s.w.t...apa-apa perkara pun boleh kita capai..

No comments:
Post a Comment