Minggu ini boleh dikatakan ana akan tidur lewat setiap malam..ker..pagi..:)
puratanya memang ana akn tidur pd pkul 3 atau 4 pg...kadg2 on9, kadg2 tgk cerita korea, kadg2 menelaah buku2...bunyi mcm rajin je kan, tp sebenarnye tu buku novel..tp bukan novel jiwang2 yer..novel2 yg membina..^_^ ana sgt suke baca buku novel karya Latip Talib..setakat ni alhamdulillah ana baru sempat membaca buku sej Khalifah Umar, Imam Syafie, Khalid al-Walid..Salahudin al-Ayubi dan Khalifah Abu Bakar on the way..:)
Ada sebuah lg novel yg sgt best dan sgt menyentuh hati sesiapa yg membacanye..ia sebuah novel pendek, karya Maszlee Malik..tajuknya Hikmah Hati..buku ni asalnya dihadiahkan oleh abg ipar ana pd akhir thn lepas, Abg Fathi..sempena dpt 9a PMR..terima kasih Abg Fathi!! Dia kate sbnrnye buku ni drpd hadith..pd mulanya ana xfham sgt ceritanye tp lama2 baru ana dpt
rentaknye..secara ringkasnye,ia tentg seorg budak miskin yg bijak yg tggl disebuah tempat dimana diceritakan tiada seorg pun lg org Islam yg tggl kerana telah dibunuh..tp dikatakan juga ade seorg yg terselamat dr pembunuhan beramai2 itu tp org ramai xtau cerita itu benar atau tidak..nak tahu lagi bacalah ye..:) sudah lama ana baca buku tu, jd lupa sikit jln ceritanya..dan telah ramai ana pinjamkan.. skrg ana xpasti dah dipulangkn ke belum buku tu..sdeyh2, nak bca lagi sbnrnye..hrp2 org tersebut cepat2lah pulangkan...:(
Sinopsis :DI bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.
Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!
Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!Sekarang adik ana, Azfar pun suka membaca novel karya Abdul Latip Talib ni sbb ceritanye x bosan, mudah difahami dan ringkas..patutnya buku teks sejarah skola pun buat mcm ni..:P..sampai adik ana pnah x tdo lbh kurg 4 jam baca novel ni dlm kereta semasa kami dlm pjalanan blk ke kg lbh kurg 6 jam tu..selalunye die dlm kereta mesti tertidur tp kali ni mmg addicted tp addicted yg baguss!!





buku hikmah hati adelah drp hadith yg trsangat pnjang,jrg skali Rasulullah merakamkn hadith yg bgitu pnjang,ana pn dh bace buku nie,best jgk..--,
ReplyDeletetau..ade org hadiahkan kan..--,
ReplyDeleteteruskan membaca wahai pemuda! :)